Friday, 11 November 2011

Kau biar aku bertanya seorang

Dalam bilik itu, dia datang bersila betul-betul sebelah aku. Dia sahabat.

Sahabat yang sekarang kerap menjadi cerita. Cerita kau sedih. Cerita kau gembira. Cerita kau bahagia.

Segalanya mahu aku dengar.

Jika dia bercakap, aku lebih suka mengambil isi-isinya.

Malam ini dia hanya terdiam. Walaupun hampir setahun lebih tidak bersua.

Hanya bunyi muzik di belakang menjadi tukang bicara.

Aku tak biasa begini.

Kau bukan lagi yang dahulu.

Apa kau baru putus cinta?

Soalan aku hanya berputar di kepala.

Mulutku bisu tapi telingaku masih lagi mahu mendengar cakap-cakapnya. Aku tidak kisah cakapnya kosong. Aku hanya mahu mendengar kau berbicara.

Apakah kau sudah tidak mahu berkawan dengan aku?

Soalan itu membawa aku ke masa lampau, dimana dia merajuk dengan aku kerana aku menghantar surat cinta yang dituliskan namanya di bawah. Itu sekadar lawak dajal aku untuknya.

Sakit. Ya, sakit sekali jika dia terus berdiam diri.

"Ingat lagi lighthouse family?"

Soalannya itu menghentikan aku dari menyedut kimia masuk ke badan.

"ha?"

Aku mahu pastikan itu adalah soalan darinya bukannya dari imaginasi aku.

"Lighthouse family"

Ahh. Kali pertama aku dengar beberapa tahun lepas dari mix cd nya. Kali pertama aku dengar, aku hanya sekadar mengutuk dalam hati. Dia adalah orang yang tak tentu lagu yang didengarnya.

"High?"

Aku beri tekaan lagu. Dia hanya menggangguk.

"Awat?"

Aku talakan lagi soalan.

"Saja. Faham tak lirik dia?"

Aku gelengkan kepala.

"Tak. Aku dengar pun sebab suara dia. Awat dengan lirik dia?"

Dia tersenyum. Aku menolak kotak rokok ke kakinya. Tak ada respon.

"Tak ada apa."

Aku biarkan ayat terakhir itu mati. Soalannya selalu begitu. Tergantung akhirnya.

"Semalam Ina bagi quote kat aku"

"hmm"

Ina adalah kawan lamanya. Aku sendiri pun tak pernah jumpa walaupun dah dekat 17 tahun kenal dia. Kadang-kadang aku rasa Ina ini hanya kawan imaginasinya.

"Dia suruh aku tengok satu video. Penah dengar quote *bla-bla-bla tak?"

"Tak"

Dia diam.

Aku diam.

Dan untuk beberapa jam seterusnya suasana terus diam. Aku bersama yang lain macam biasa tapi dia. Terus diam. Babi apa yang dia fikir aku sendiri pun tak tahu. Mungkin berfikir pasal quote yang aku sendiri pun tak ingat tu lagi.

Sebelum aku balik, dia bertanya lagi.

"Tau tak sebab apa Megat jadi macam tu sekarang?"

Aku tahu Megat yang dimaksudkan adalah Megat A.C.A.B.

"Dapat hidayah kot"

"Hang rasa macam mana dia boleh dapat hidayah tu? Dia yang pi cari ka hidayah tu mai sendiri?"

Aku hilang. Hilang dalam soalan itu. Soalan yang hampir tak pernah langsung aku dengar sejak aku baligh. Apa ni?

Aku tak beri jawapan. Nak keluarkan soalan itu sendiri pun begitu berat. Apa lagi jawapan.

Semasa aku masih lagi hilang dalam fikiran sendiri dia berkata

"Kita?"

Aku tak pasti apa yang aku cakap. Kerana masa itu mulut lebih laju pergi dari otak.

Setelah aku bangkit dari koma sebentar, barula gear fikiran berputar seperti biasa.

Sekarang, ia berputar secara luar biasa.

Kau sahabat, meninggalkan aku dengan soalan yang perlu dijawab.

No comments:

Post a Comment